Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Disini saya ingin berkongsi serba sedikit Bagaimana Kita Ingin Berjaya Pada Permulaan...
Saya bukan seorang yang berjaya dalam bisnes malahan saya juga baru menceburi dalam bidang bisnes ini..
Tapi,dalam bisnes.. kita hendaklah mempunyai ilmu untuk memasarkan lagi produk kita supaya dapat
sambutan dan kita akan menjadi tumpuan pengguna....tips ini saya dapat melalui semua orang yang dah berjaya dan digelar Jutawan Online...
Tips Yang Pertama:
Anda hendaklah kenali diri anda
siapa.... Ini adalah kerana apabila kita mengenali diri kita.. kita
akan mendapat satu semangat yang membolehkan diri kita bangkit untuk
memajukan diri kita supaya dapat
menepis segala kesesakkan yang kita alami......
Tips yang kedua:
Anda hendaklah jaga hubungan anda dengan Allah.. Ini kerana Allah memberi rezki kepada kita..
kita hendaklah sentiasa berdoa kepadanya untuk dimurahkan rezki dan sebagainya.. jagalah hubungan kita
denganNya....
Allah akan menguji hambanya dalam banyak perkara... dan perkara itu
kamu dapat lepasi dengan kesabaran.... Allah xkan menguji seseorang
hambanya luar daripada kemampuan Hambanya sendiri... Dan yakinlah..
Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang amat bernilai dengan berkat
kesabaran anda... :)
Tips ketiga:
Tips Ketiga adalah produk... Pilihlah sesuatu produk yang betul.... Ramai yang gagal dalam bisnes
kerana dengan salah memilih produk... Pemilihan produk adalah amat penting bagi seseorang untuk
menentukan bahawasanya kebolehan dia untuk memasarkan produk tersebut ataupun tidak... Cari
produk yang kita minat.... cari produk yang boleh laris..sebagai contoh keperluan pengguna yang paling banyak....
Tips keempat:
selain itu, strategi atau cara
pemasaran juga kita kena belajar... macam mana kita untuk melakukan
sesuatu iklan itu agar dapat menarik minat pengguna untuk mengetahui
malah berminat untuk mendapatkannya.... Buat sesuatu iklan itu nampak
amat penting bagi pengguna... Dan cara ingin menyebarkan produk kita
supaya dapat membuka mata semua orang akan kehadiran bisnes kita....
Tips kelima:
Tips ini amat penting bagi semua penjual... Tips ini adalah cara berkomunikasi
antara kamu dan pelanggan... ini kerana ramai yang mengambil remeh
temeh akan hal ini.... kita sebagai penjual hendaklah hormat kepada
pelanggan.... guna bahasa yang lembut untuk menarik minat pelanggan....
guna bahasa penggilan kepada pelanggan dengan kata nama yang boleh
menunjukkan pelanggan mengetahui akan hormat kita kepada dia dan
memberikan keselesaan kepada dia untuk berurusan dengan kita.....
Tips Keenam:
Azam dan niat...
Azam dan niat kita hendaklah perlu diperbetulkan..... Yang pertama akan
niat kita untuk membantu pengguna akan masalah mereka... Yang kedua
adalah azam kita... Azam ingin berjaya untuk dapatkan income yang lebih
supaya...... DAPAT MEMBANTU KELUARGA, dan ORANG YANG SUSAH..... ini amat
penting kerana bila kita membantu orang.. InsyaAllah, rezki kita akan
bertambah...
Tips Ketujuh:
Target.....
Target seseorang bisnesman amatlah penting untuk memajukan bisnes
mereka... ini kerana ingin mencapai sesuatu kejayaan hendaklah ada
target... Bagi permulaan macam saya... saya belajar dari salah seorang
mentor saya bahawasanya... Target dalam permulaan amat penting untuk
kita mengetahui cara membuat iklan itu betul atau salah... Sebagai
contoh.... DAlam masa 72jam target kita hendak mendapat 3pelanggan...
selepas itu... kalau berjaya..kita boleh teruskan dengan cara itu malah
tinggikan nilai pendapatan itu dalam masa brape hari ditetapkan.. kalau
tidak berjaya..anda boleh ubah cara iklan anda dan fikir akan cara lain
yang boleh dapat tarikan.. kalau tidak berjaya juga,anda boleh lupakan
produk tersebut dan cari produk lain lagi untuk anda mencuba...mungkin
produk itu tidak sesuai dengan anda..
Tips Kelapan:
Semestinya tips ini akan pernah terdetik dalam hati kita jikalau tidak berjaya.. Iaitu putus asa..... AWASSS~!!!! ingin jadi seorang yang berjaya.. anda tidak boleh berputus asa....
Anda kena sabar~!!! Ini kerana... Berkat akan kesabaran anda, anda
mungkin akan belajar akan belajar dimana silap anda malah smua itu anda
akan perbetulkan..... dan Berkat kesabaran juga anda akan berjaya suatu
hari nnty... ramai usahawan berjaya dimalaysia sudah menghabiskan wang
berpuluh2x ribu malah beratus ribu rugi dalam bisnes.. tapi mereka tidak
putus asa untuk bangkit kembali dan mereka berjaya... pengalaman itu
mengajar kita tentang erti kejayaan....
Tips Last:
Tips ini memberi kesan positif kepada kita untuk berjaya... tips ini adalah Mentor....
Kita kalau ingin berjaya.. kita hendaklah mengikuti langkah jejak orang
yang dah berjaya...... buat seseorang itu sebagai idola dal kaji macam
mane dianya boleh berjaya dan ikuti langkah mereka... dan kita sebagai
usahawan dari permulaan hendaklah memegan 3M cara ini....
1.Mendengar dan membaca
-mendengar dan membaca dan mengkaji langkah mereka cara ingin berjaya..
2.MelakukanNya
-cuba ikut cara dan ilmu yang diperolehi dan lakukan
3.Mengajar
-Jika berkesan,kita hendaklah mengajar pula kepada orang lain akan langkah ini.. Saling bantu membantu.
Ini
kerana,dengan kita mengajar orang kita akan dapat dalami lagi apa yang
kita telah faham.... dan ingatlah.. kalau kita ingin berjaya,kita
hendaklah menolong juga orang lain untuk berjaya.... Kalau anda nak
Kaya,anda hendaklah beri kaya kepada orang lain dulu baru anda kaya.....
Anda KAYA anda BERJAYA...
Akhir
kata.. sama-samalah kita mengambil tips ini serba sedikit dapat
membantu kita untuk dapat perbetulkan diri dan dapat mengembangkan
bisnes kita dengan bijak... Saya minta Maaf andaikata ada tersalah yang
apa saya kongsikan.. ini semua ilmu apa yang saya pelajari dan
faham.... sama-samalah kita mencapai target yang kita impikan... saya
doakan kita semua akan berjaya dalam bisnes.. dan Bila kita berjaya....
janganlah kita lupa akan permulaan kita dan menolong orang yang dalam
kesusahan dan memerlukan....
SAYA MINTA MAAF JIKALAU SALAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA...^,^